REFLEKSI RPH

Refleksi RPH 1
Seramai 10 orang berupaya mendapat markah penuh dalam kertas penilaian yang saya agihkan. 8 orang gagal mendapat markah penuh mungkin disebabkan saya tidak memberi peluang kepada mereka membaca mengikut giliran. Setiap murid perlu diberi peluang untuk membaca supaya guru mengetahui masalah pembelajaran murid.
Sebilangan murid tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Mereka sibuk akan kerja sendidri. Sebelum itu saya patut suruh mereka mengemaskan barang yang terletak di atas meja supaya mereka tidak berpeluang melakukan perkara yag lain. Untuk mengatasi kesilapan ini saya telah menyuruh murid tersebut menyimpan barangnya serta memanggilnya menjawab soalan supaya dia boleh menumpukan perhatian semasa guru mengajar.
Untuk  menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik, saya telah gunakan power point serta rakaman video supaya murid dapat menyeronokan diri semasa belajar. Murid-murid berminat dengan gambar yang saya letak dalam power point. Mereka suka akan kartun yang terdapat dalam gambar tersebut.Saya dapati mereka lebih tumpukan perhatian semasa belajar. Mereka akan perhatikan apa yang akan belaku kemudian. Di samping itu, murid akan lebih memahami apa yang saya terangkan dengan bantuan power point yang ditaip dengan perkataan yang bersaiz besar.
Saya berasa masa dibuang untuk memasang alat-alat seperti projektor, komputer,pembesar suara dan lain-lain. Sebab alat ini tidak boleh memasang terlebih dahulu sebelum masuk kelas, saya takut hilang dan mungkin dirosakkan oleh murid yang masih kecil. Mereka mungkin akan tertarik  wayar yang dipasang. Kelengkapan sekolah juga kekurangan seperti soket di belakang sudah rosak, guru sendiri mesti membuat persediaan awal dengan membawa soket sendiri. Ini sebabkan sekolah terdapat ramai guru, kadang kala alat-alat seperti projektor atau soket sambungan telah diambil oleh guru yang lain. Maka guru yang ingin membuat rakaman mesti membuat persediaan awal untuk mengambil barang-barang tersebut atau membawa sendiri punya dari rumah untuk mengelakkan perkara tiada alat yang mencukupi untuk memasang alat-alat computer.

Saya berasa suara saya agak besar dan garang apabila menonton rakaman tersebut. Namun ketegasan dan kelantangan suara akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Sungguhpun begitu, saya akan cuba melembutkan suara saya sedikit supaya murid berasa mesra semasa belajar. Selian itu, saya berasa guru yang menyampaikan pelajaran dengan tegas juga akan mendapat penghormatan daripada muridnya. Untuk mengelakkan murid yang lain mencontohi murid yang tidak menghiraukan arahan guru, saya akan terus mengajar dengan tegas tetapi murid juga tidak berasa tertekan semasa belajar.

            Oleh sebab lidah saya sakit saya tidak dapat memberi arahan serta penerangan yang jelas. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. 8 orang murid yang gagal mendapat markah penuh mungkin disebabkan kelemahan saya ini. Ini disebabkan penerangan yang jelas sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Saya telah merancang sebanyak 5 langkah untuk sesi rakaman ini. Kemungkinan kebolehan pembelajaran murid saya adalah lemah maka sebilangan daripada mereka tidak dapat menjawab dengan betul semua walaupun hanya belajar 6 perkataan. Masa yang digunakan juga tidak mencukupi untuk menjalani penialaian pada penutup. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Seseorang guru perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang akan menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam rancangan pengajaran harian. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Untuk mengetahui keadaan pembelajaran murid saya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Dengan demikian, disipilin murid dan suasana kelas dapat dikawal dengan lebih teratur. Selain itu juga, saya juga dapat membantu murid dengan lebih dekat. Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidakfahaman murid terhadap pelajaran secara serta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.
Pada pendapat saya, guru ialah seorang pelakon, dia mesti pandai menonjolkan kebakatannya supaya terdapat banyak penonton suka akan lakonannya. Manakala, murid ialah penonton dan dia akan menyaksikan pertunjukan yang disembahkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, guru mestilah pandai memilih dan mengurus strategi yang sesuai untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan. Penyelesaian ini juga berkesan untuk menyelesaikan masalah murid dengan baik.


Refleksi RPH 2



KEKUATAN 
Sebanyak 5 orang yang berupaya membaca perkataan KVK+KVK selepas pembelajaran. Murid-murid yang menghandiri sesi pengajaran ialah murid pemulihan. Mereka merupakan murid yang lemah dalam tahun 2.   
Dalam proses pengajaran saya ini, kekuatan yang dapat dikesan ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. 
KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan makro pengajaran ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini mungkin disebabkan langkah-langkah yang dilaksanakan terlalu banyak. Selain itu, 
terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.
Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI 
Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran ini, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah langkah-langkah yang dirancangkan  mesti lebih teliti dengan mengambil kira tahap kebolehan pembelajaran setiap murid, ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran  berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara serta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses proses pengajaran dan pembelajaran  di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.





Refleksi RPH 3



Refleksi RPH3
              Sebanyak 30 orang murid dapat menyatakan kepentingan alam sekitar terhadap kehidupan harian manusia dengan ayat yang ringkas. Dengan menggunakan power point yang bersumber internet,  murid-murid telah mengetahui pencemaran alam akan membahayakan kehidupan manusia dengan lebih jelas. Mereka akan lebih mencintai bumi kita. 15 orang murid berupaya menyatakan cara mencintai alam sekitar dengan ayat yang ringkas. Mereka dapat menulis karangan pendek yang tepat dan kemas. Manakala 22 orang murid pula menjalankan aktiviti pemulihan supaya lebih memahami isi kandungan teks.
Saya terlupa membawa pembesar suara, maka power point yang saya telah linkkan video mengenai pencemaran tidak dapat memaparkan dengan penerangan video tersebut, maka menyebabkan saya sendiri menerangkan perkara yang berlaku dalam video tersebut. Penggunaan computer sebagai abm dapat menarik perhatian anak murid kita serta seronok belajar semasa mereka menonton tayangan. Mereka akan berasa bosan jika kita hanya bercakap sahaja tanpa memberi contoh yang sebenar. Sungguhpun begitu kelengkapan sekolah yang tidak lengkap telah menyusahkan guru. Ini disebabkan seseorang guru perlu membawa komputer, projektor,. Kadang-kadang alat yang terhad tersebut mungkin telah dipinjam oleh guru lain. BIasanya saya akan membawa computer, pembesar suara serta sambungan wayar sendiri untuk menjalankan P n P. Ini disebabkan untuk mengelakkan kekurangan alat semasa mengajar.
Selain itu, pemasangan wayar yang banyak menyebabkan saya dan murid-murid kurang keluar untuk menulis di papan hitam. Ini disebabkan saya takut tersepak wayar yang dipasang akan mengakibat alat-alat yang dipasang tertarik jatuh ke lantai.
Saya juga perlu menyediakan latihan dalam power point supaya murid berpeluang menyalin soalan ke dalam buku latihan. Ini dapat menggalakkan mereka lebih menumpukan perhatian semasa menulis dan bukan hanya sibuk menanya jawapan mengenai soalan yang terdapat dalam kertas latihan.





Refleksi RPH 4


Seramai 35 orang murid dapat menyatakan aktiviti yang terdapat dalam gambar. Ini disebabkan aktiviti yang terdapat merupakan aktiviti yang biasa dilakukan dalam aktiviti harian sekolah. Murid dalam kelas ini dalam tahap serdahana atas, oleh itu kebanyakan mereka telah menguasai banyak perbendaharaan kata yang diajar. Hanya 2 orang murid yang lemah dalam Bahasa Melayu iaitu Teo Zi Peng dan Ling Wang Yong. Mereka berada dalam kelas ini mungkin disebabkan kekuatan dalam mata pelajaran lain.

Power yang saya sediakan membolehkan murid-murid melihat perkataan dengan jelas. Saya dapati kebanyakan murid sering salah menyalin perkataan. Masalah ini mungkin disebabkan oleh warna kapur atau masalah cahaya. Dengan penggunaan power point saya dapat menggunakan warna yang terang dan dapat menarik perhatian murid. Namun alat bantu mengajar ini jarang saya gunakan, in disebabkan pemasangan abm ini memakan masa yang panjang. Tambahan pula banyak alat yang perlu saya angkat ke tingkat 3 yang memakan masa selama 5 minit untuk berjalan dari pejabat ke kelas ini.

Kelemahan power point saya ialah tiada audio. Maka power point ini boleh dikatakan tidak menarik. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah tambah animasi dalam bulatan yang saya gariskan pada aktiviti yang terdapat dalam gambar. Hal ini adalah supaya murid jelas tahu perkara yang perlu diambil perhatian semasa membina ayat berdasarkan gambar yang diberi. Kebanyakan murid tidak dapat membina ayat yang betul. Ini disebabkan mereka tidak mengikuti arahan iaitu berdasarkan gambar yang diberi. Kadang-kadang mereka membina ayat yang tiada hubung kait dengan gambar. Oleh sebab itu, markah dalam bahagian telah menjadi rendah, walaupun ayat mereka betul.

Untuk menangani masalah ini, saya akan memberi latihan yang banyak kepada murid supaya mereka biasa dengan membina ayat berdasarkan gambar.


Refleksi Mikro

Seramai 12 orang murid daripada 20 orang murid kelas ini mewarnakan jawapan yang semua betul dalam lembaran kerja yang diagihkan. 2 orang murid daripada 8 orang murid yang lain gagal berbuat demian disebabkan mereka tidak menghadiri kelas semasa saya menjalankan pengajaran macro. Tinggal 6 orang murid  yang tidak dapat menjawab semua betul mungkin disebabkan proses pengajaran pengukuhan saya masih ada kelemahan.
Mikro pengajaran ini saya telah dirancang sebanyak 10 minit, oleh sebab set induksi telah mengambil masa 6 minit lebih dan murid saya memerlukan masa yang lebih untuk menyiapkan lembaran kerja yang diagihkan maka saya tidak sempat melakukan langkah penutup. Penambah baikan ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran di dalam kelas perlu dilakukan.Saya akan lebih teliti mengambil kira kebolehan murid saya semasa merancang mikro pengajaran lain kali. Kegagalan saya menyiapkan prose pengajaran dan pembelajaran juga disebabkan kecuaian saya. Sekiranya saya menjalankan rakaman ini 10 minit awal, saya boleh siapkan proses pengajaran saya yang telah dirancang. Ini disebabkan masa seterusnya ialah masa pengajaran guru yang lain. Tambahan pula, saya  ada kelas lain. Oleh itu, saya terpaksa menamatkan sesi pembelajaran murid.
Masalah pembelajaran murid saya ialah masa untuk menumpukan perhatian belajar adalah singkat. Mereka senang dipengaruhi perkara yang berlaku di sekeliling. Mereka tidak biasa dirakam oleh guru yang menolong saya, maka mereka sering memandang apa yang dibuat oleh guru tersebut.
Sebenarnya set induksi saya kurang seronok kerana saya hanya menggunakan kad imbasan sahaja. Perkataan yang terpapar dalam kad imbasan yang saya gunakan ditaip dengan saiz yang kecil mungki murid tidak senang melihat. Tambahan pula plastik yang dibalut pada kad tersebut mungkin mengakibatkan sebilangan terlihat pancaran cahaya.
Sebenarnya set induksi yang berkesan adalah seperti berikut:
1.    Set induksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat.
2.    Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.
3.    Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid,  belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.


Merujuk kepada masalah kad imbasan yang saya ceritakan tadi, saya akan membuat semula kad tersebut supaya murid dapat belajar dengan lebih berkesan. Kad tersebut disiapkan pada tahun lepas atas kerjasama semua guru tahun 1. Untuk meletakkan gambar bersama perkataan dalam kad yang bersaiz  A4, maka luang untuk menaip perkataan adalah terhad.  Hal ini disebabkan guru berharap murid dapat lebih memahami makna perkataan yang ditaip pada kad imbasan tersebut.
Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain.   Saya tidak dapat menggunakan kemahiran ini dengan sepenuhnya disebabkan tahap kebolehan pembelajaran murid saya adalah lemah. Mereka tidak memahami arahan saya semasa saya memberi arahan dalam Bahasa Melayu. Maka saya hanya dapat menanya soalan yang mudah setahap dengan kebolehan mereka. Di dalam kelas ini terdapat tiga orang Iban. Dua orang murid daripada ketiga-tiga orang murid tersebut adalah bijak berbanding dengan murid yang lain. Mereka belajar dengan lebih cepat serta berupaya memahami arahan guru. Kebanyakan murid di dalam kelas ini memerlukan bimbingan guru seorang demi seorang. Mereka sukar menguasai kemahiran yang dipelajari dalam kumpulan besar.   Oleh itu, guru perlu bijak mengatur masa serta cara untuk mendidik mereka dengan berkesan.
Walau bagaimanapun proses pengajaran saya terdapat kelemahan, namun saya yakin dengan suara  saya yang didengar agak garang semasa saya menonton rakaman tersebut. Namun kalau suara seseorang guru terlalu lembut, keadaan ini akan mengakibatkan seseorang murid berasa bosan serta kehilangan tumpuan semasa guru mengajar. Suara yang jelas dan kuat memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pernah dengar seorang murid saya yang mengatakan suara guru lain yang menggantikan kelas terlalu lembut, maka dia rasa mengantuk.
Sebenarnya kelas yang saya ajar itu ialah kelas LINUS iaitu murid yang lemah berbanding dengan murid biasa. Mereka belajar dalam kelas LINUS disebabkan mereka tidak melepasi penilaian saringan 1 yang telah dijalankan dahulu. Seramai 10 orang murid telah lulus dalam penilaian dalam sarigan 2. Saya berharap agar murid-murid ini akan melepasi penilaian saringan 3 yang akan datang.

Pembelajaran Internet

Senarai Blog Saya